Monday, November 16, 2020

Tamarind Square

 Dugaan untuk siapkan assignment ni SESAT DALAM TAMARIND SQUARE 😵 kau rasa??

Memandangkan sekarang adalah musim covid-19 and all classes are done via online class. And we all agreed to meet up and do the group assignment and decided to meet at Tamarind Square. Nak sampai tu x de la susah.. senang je.. Tapi bila dah masuk tu boleh pulak sesat. That was my 1st time going there and biasa lah.. Tempat baru sampai.. Jakun lagi.. 😂 And boleh pulak salah faham tempat meet up and what in the world.. Tak jumpa jalan nak ke mall dari parking.. Adduuuuuiiiii

Tak tahu la nak gelak ke nak sedih. Anyhow we manage to complete our assignment yang x berapa nak semenggah la kot.. 😅 But the hardwork was there. 

will surely miss all of you



Dasar dan Polisi Pendidikan Awal Kanak-kanak

 


If you ask me which apps do you prefer between piktochart and canva,
 I choose canva.


Friday, November 13, 2020

Perbandingan Pendidikan Awal Kanak-kanak di Malaysia dan Luar Negara

 

1.0  PENGENALAN

Menurut The National Association for the Education of Young Child (NAEYC) atau Pertubuhan Kebangsaan bagi Pendidikan Kanak-kanak Muda, pendidikan awal kanak-kanak merujuk kepada segala jenis program yang memberi layanan, asuhan dan bimbingan kepada kanak-kanak dari lahir sehingga berusia 8 tahun. Peringkat Pendidikan awal kanak-kanak adalah sangat penting kerana di peringkat inilah kanak-kanak mula di dedahkan untuk belajar berinteraksi dan bersosial dengan dunia luar selain ibu dan bapa mereka. 

2.0  LATAR BELAKANG PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia bermula pada sekitar 1950-an berasaskan pendidikan British yang hanya di monopoli oleh golongan berkemampuan sahaja kerana pada ketika itu kos pembiayaan untuk jenis pendidikan ini adalah tinggi. Dari tahun 1950-1960, sosialis Kristian telah membuka tadika di Malaysia sebagai aktiviti gereja. Kebanyakan tadika pada waktu itu adalah milik persendirian atau agensi dan mengenakan yuran yang sangat mahal. Hasilnya, hanya sebahagian kanak-kanak berumur 4-6 tahun berpeluang mengikuti kelas tadika. Kesan nya, kanak-kanak luar bandar dan tidak berkemampuan tidak berpeluang untuk mengikuti kelas tadika. Pada tahun 1969, Yayasan Asia telah menyumbangkan wang kepada Pertubuhan Pekerja-pekerja Malaysia (Worker Society of Malaysia) untuk mengadakan program seakan “Head Start” seperti di Amerika Syarikat. Kg. Munaindy, Kg. Sentosa dan Kg. Manggis telah di pilih dengan mensasarkan golongan kurang berkemampuan dari kaum Melayu, Cina dan India. Pada tahun 1970 KEMAS telah membuka 10 buah prasekolah contoh untuk membantu golongan kurang bernaib baik. Usaha ini di terus kan sehingga tercipta nya Akta Pelajaran 1961 P.U (A) iaitu sebuah akta khusus untuk pendidikan awal kanak-kanak.

3.0 PERBANDINGAN DALAM NEGARA

 

PERMATA

KEMAS

LATAR BELAKANG

Ditubuhkan pada tahun 2007 dan di adaptasi dari konsep “learning is fun through play” dari Pan Green Centre, Corby, England.

Ditubuhkan pada tahun 1961 sebagai inisiatif untuk membasmi masalah buta huruf di kalangan masyarakat tempatan. 

PENGASAS

YAB Datin Paduka Seri Rosmah Mansor

YAB Tun Abdul Razak bin Hussien

MATLAMAT

Mengembangkan potensi setiap kanak-kanak secara holistik bagi mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani, sosial dan komunikasi.

Untuk memperkasakan masyarakat luar bandar kearah pembangunan yang menyeluruh.

CARA PENGAMBILAN

Warganegara Malaysia, sihat tubuh badan dan bukan kurang upaya.

Warganegara Malaysia, sihat tubuh badan dan bukan kurang upaya.

TAHAP UMUR

4-6 tahun

4-6 tahun

SYARAT PENGAMBILAN

Kanak-kanak yang berasal dari keluarga berpendapatan rendah.

Kanak-kanak yang berasal dari keluarga berpendapatan rendah.

KANDUNGAN PROGRAM

Pembelajaran secara menyeluruh,” learning is fun”, penyertaan aktif ibu bapa dan komuniti, perkembangan dan pembelajaran, penaksiran dan penilaian.

Menggunakan konsep belajar sambil bermain dan diperluaskan dengan kemahiran 4M iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul.

3.1 PERBANDINGAN DARI LUAR NEGARA

 

HEAD START

MONTESSORI

LATAR BELAKANG

Pada awal nya ia adalah sebuah program sekolah musim panas untuk kanak-kanak dari golongan berpendapatan rendah selama beberapa minggu sebelum memulakan sesi persekolahan.

Sistem pembelajaran yang berdasarkan kaedah pembelajaran secara langsung dan permainan kolaboratif

PENGASAS

Ditubuhkan di bawah kelolaan Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia Amerika Syarikat yang dilancarkan oleh Jule Sugarman pada tahun 1965

Diasaskan oleh Maria Montessori yang berasal dari Itali. Beliau menubuhkan Casa dei Bambini atau Children’s House pada tahun 1907 di Rom.

MATLAMAT

Meningkatkan tahap kecekapan sosial yang lebih tinggi daalm kalangan kanak-kanak.

Perkembangan individu secara menyeluruh yang merangkumi aspek fizikal, sosial, emosi dan intelek.

CARA PENGAMBILAN

Terbuka kepada semua warganegara, bukan warganegara (bermastautin 5-6 tahun di USA dan hanya mengambil pelajar kurang upaya.

Kanak-kanak kurang upaya dan terencat akal.

TAHAP UMUR

3-6 tahun

3-6 tahun

SYARAT PENGAMBILAN

Kanak-kanak terbiar.

Kanak-kanak miskin.

KANDUNGAN PROGRAM

Penglibatan ibu bapa dalam proses pembelajaran dan pengajaran.

“Whole child” iaitu persekitaran pembelajaran terancang, bahan pengajaran montessori dan pengajar sebagai “directress”


4.0 
RUMUSAN

Secara keseluruhan nya, pendidikan awal bagi kanak-kanak berusia 4-6 tahun sangat penting bagi memberikan kemahiran asas seperti menulis, membaca, mengira dan menaakul (4M) dan juga sebagai langkah persediaan kepada kanak-kanak untuk menuju ke peringkat formal iaitu peringkat rendah. Adalah penting bagi pusat pendidikan awal kanak-kanak untuk menyediakan ruang belajar yang kondusif, ceria dan seronok dalam menghasilkan pembelajaran yang menarik. Selain guru, penglibatan ibu bapa dalam sesi pembelajaran dan pengajaran juga dapat membantu kanak-kanak dalam meningkatkan proses kendiri dan kognitif kanak-kanak. Ia juga adalah persediaan awal untuk kanak-kanak melangkah ke peringkat pendidikan formal.

5.0 RUJUKAN

·       https://en.wikipedia.org/wiki/Head_Start_(program)

·       https://en.wikipedia.org/wiki/Montessori_education

·       Tan Chung Hian. (2001). Perbandingan Keberkesanan Antara Dua Kaedah Pengajaran Terhadap Keupayaan Kognitif dalam Pembelajaran Matematik (Satu Kajian Komperatif di Tadika Warisan Montessori dan Q-Dess)

https://ir.unimas.my/id/eprint/17088/1/Perbandingan%20keberkesanan%20antara%20dua%20kaedah%20pengajaran%20terhadap%20keupayaan%20kognitif%20dalam%20pembelajaran%20matematik%20(satu%20kajian%20komparatif%20di%20Tadika%20Warisan%20Montessori%20dan%20Q-Dees)%20(24%20pages).pdf

·       https://ms.wikipedia.org/wiki/PERMATA_Negara

·       https://www.kemas.gov.my/en/background-history-of-kemas/#toggle-id-2

·       http://cikguhasya.blogspot.com/2016/08/pendidikan-awal-knak-kanak.html

·       https://www.academia.edu/30404978/PENDIDIKAN_AWAL_KANAK_KANAK_DI_MALAYSIA

·       http://nansetphene.blogspot.com/2012/03/sejarah-pendidikan-awal-kanak-kanak.html

 

 

 

Tuesday, November 10, 2020

Sunday, November 8, 2020

Perayaan Sikh di Malaysia

Kenangan sebelum hantar assignment  Perayaan Sikh  ni adalah bila sir group video call and masa tu tengah drive nak balik kampung then sir cakap submit sebelum pukul 10 pagi esok. 😫😮

Atas budi bicara sir, sir bagi submit 1 week later. Lega rasaaa...

Even masa tu boleh kata 90% dah siap, tapi disebabkan masa perjalanan yang panjang and esok nya ada kelas, dikhuatiri x sempat nak siapkan before 10am. 😅

Thank you for your consideration sir.

Friday, November 6, 2020

Perubahan Persekitaran dan Kesannya kepada Kanak-kanak


1.0 PENGENALAN

        Persekitaran adalah antara faktor utama dalam perkembangan sosio-emosi kanak-kanak. Persekitaran adalah sesuatu keadaan semasa proses perkembangan kanak-kanak yang merangkumi sejak dari dalam kandungan sehingga lahir dan membesar. Perubahan adalah suatu peralihan atau penghijrahan daripada satu keadaan kepada keadaan yang lebih baik. Menurut Atkinson (1987), perubahan adalah satu kegiatan atau proses membuat sesuatu atau seseorang berbeza dengan keadaan sebelumnya. Persekitaran pula merujuk kepada keadaan di sekeliling termasuk keadaan fizikal, iklim, sosiobudaya, politik, dan interaksi antara sesama manusia dan manusia dan alam sekitar. Menurut Rahil & Habibah (2002), persekitaran atau “nuture” ialah ransangan yang mempengaruhi perkembangan individu.

Menurut Ibn Khaldun (2002), persekitaran yang baik akan menghasilkan akhlak yang baik dan akhlak yang baik itu lahir dari diri sendiri berdasarkan pengamatannya kepada faktor-faktor persekitaran yang boleh mempengaruhi tabiat hidup manusia. Surah As-Shams ayat 8-10 yang bermaksud:

Maka Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan

ketaqwaannya, sungguh beruntung orang yang menyucikan

jiwa itu, dan sungguh rugi orang yang mengotorinya.

Ayat ini menjelaskan bahawa pembentukan peribadi seseorang itu adalah berdasarkan jalan yang dilalui oleh mereka. Jika baik pilihannya, akan membentuk peribadi yang baik dan sebaliknya.

2.0  PERUBAHAN PERSEKITARAN KANAK-KANAK

             Perubahan persekitaran sangat penting untuk seseorang kanak-kanak dalam membantu perkembangan sosioemosi kanak-kanak tersebut. Menurut Teori Ekologi Bronfenbrenner 1977 terdapat lima jenis persekitaran yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak iaitu; Mikrosistem, Mesosistem, Eksosistem, Makrosistem, dan Kronosistem. Teori Ekologi Bronfenbrenner diperkenalkan oleh Urie Brefenbrenner (1917). Teori ini menjelaskan bahawa perkembangan kanak-kanak adalah hasil interaksi antara alam sekitar serta mampu mempengaruhi proses peertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak.

    Mikrosistem ialah persekitaran terdekat di mana kanak-kanak menghabiskan kebanyakan masa mereka untuk berinteraksi. Dalam konteks ini, keluarga bertindak sebagai agen sosiolisasi yang penting terutamanya ibubapa. Institusi kekeluargaan yang mampan mampu menghasilkan kanak-kanak yang positif sikapnya. Kepincangan keluarga, faktor sosioekonomi yang rendah akan menghasilkan kanak-kanak yang agresif serta bersikap rendah diri.

      Mesosistem ialah hubungan antara satu mikrosistem dengan mikrosistem yang lain serta mampu mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak itu. Sebagai contoh, persekitaran di rumah mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak di sekolah. Persekitaran yang ceria di rumah menghasilkan kanak-kanak yang gembira di sekolah. Kanak-kanak akn membawa masalah ke sekolah sekiranya persekitaran keluarga porak peranda dan mempunyai masalah.

         Eksosistem merupakan pengalaman persekitaran yang dilalui oleh kanak-kanak secara tidak langsung akan tetapi hasil daripada keputusan itu mampu mempengaruhi perkembangan mereka. Secara norma, ibubapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak nya. Pemilihan jenis sekolah mampu mempengaruhi sikap dan cara pergaulan kanak-kanak samada di sekolah mahupun di rumah.

        Makrosistem merupakan pengaruh persekitaran yang lebih besar serta dipengaruhi oleh nilai-nilai amalan masyarakat sekeliling, perubahan geografi, polisi sosial dan media massa. Cara pergaulan dengan jiran, perubahan geografi seperti berpindah kawasan tempat tinggal turut mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanak.

Kronosistem ialah perubahan yang melibatkan keadaan dalam tempoh suatu masa. Jika dibandingkan, dengan kanak-kanak pada suatu ketika dulu yang lebih banyak meluangkan masa bermain di luar rumah seperti padang dan sungai, kanak-kanak dewasa ini lebih gemar menghabiskan masa menggunakan gajet seperti telefon pintar. Secara umumnya, kelima-lima sistem perubahan persekitaran ini saling berkait antara satu sama lain.

Berdasarkan teori ekologi Bronfenbrenner, perubahan persekitaran kanak-kanak melibatkan keluarga, guru, rakan sebaya, sosio-ekonomi, kebudayaan dan kepercayaan masyarakat, sumber teknologi serta media massa.

3.0  KESAN PERUBAHAN PERSEKITARAN KANAK-KANAK

Perubahan persekitaran semestinya memberi kesan kepada pembentukan diri dan sosio-emosi seseorang kanak-kanak itu. Keluarga terutamanya ibubapa memainkan peranan penting dalam pembentukan diri kanak-kanak. Cara didikan di rumah mampu menetukan cara pergaulan kanak-kanak apabila berinteraksi dengan orang sekeliling mereka. Kanak-kanak yang dilahirkan dalam keluarga yang mesra dan penuh kasih sayang akan mengalami pengalaman dan perkembangan emosi yang sihat. Selain itu, sosio-ekonomi juga mempemngaruhi perkembangan kanak-kanak.

Perceraian, kematian ahli keluarga terdekat memberi kesan yang mendalam kepada emosi kanak-kanak kerana cara penerimaan kanak-kanak adalah berbeza dengan orang dewasa. Contohnya, kanak-kanak yang mengalami pengalaman perceraian akan merasa rendah diri, sentiasa bersendirian, bersifat memberontak dan pemarah serta cemburukan rakan-rakan yang lain. Kanak-kanak yang berlatar belakangkan sosio-ekonomi yang rendah mampu mempengaruhi perkembangan intelek dan sosial mereka.

Selain keluarga dan ibubapa, sekolah dan guru juga bertindak sebagai agen sosiolisasi yang penting kepada kanak-kanak kerana guru merupakan orang yang paling banyak berinteraksi dengan kanak-kanak selepas ibubapa. Secara tidak sedar, kanak-kanak memerhatikan tingkah laku guru. Jika guru menunjukkan contoh yang tidak baik, ia juga turut mempengaruhi sikap dan tingkah laku kanak-kanak itu. Perpindahan sekolah contohnya, mampu memberi kesan kepada seseorang kanak-kanak itu.

Rakan sebaya juga memainkan faktor utama yang mampu memberi kesan kepada perkembangan sosio-emosi kanak-kanak. Sekolah terutamanya merupakan tempat di mana kanak-kanak mula untuk belajar berinteraksi dengan masyarakat luar selain keluarga. Pergaulan dengan rakan sebaya bukan sahaja mampu mempengaruhi kanak-kanak dari segi emosi, bahkan mampu mempengaruhi kanak-kanak itu dari segi intelek, sahsiah, sosial dan akhlak. Kanak-kanak yang bersosialisasi dengan rakan sebaya yang sopan santun dab baik akhlak secara tidak langsung akan mempengaruhinya serta menerapkan nilai-nilai murni daripada rakan mereka itu.

Di Malaysia, terdapat pelbagai kaum, agama, bangsa dan keturunan. Perbezaan budaya dan masyarakat sekaligus mampu mempengaruhi corak pergaulan seseorang kanak-kanak itu dari aspek sosial-emosi, tingkah laku serta intelek mereka. Perbezaan pegangan agama akan membezakan corak hidup dan perlakuan seseorang itu. Seorang kanak-kanak Melayu Islam dan Cina yang beragama Buddha akan saling menghormati agama masing-masing serta menghormati pantang larang yang terdapat di dalam agama masing-masing. Ini secara tidak langsung mampu mempengaruhi perkembangan sosial mereka untuk sentiasa menghormati orang lain walaupun berbeza pendapat.

Pengaruh teknologi dan media massa sangat memainkan peranan. Kanak-kank dewasa ini sangat berkait rapat dengan pendedahan teknologi dan media massa. Kanak-kanak sangat mudah terpengaruh dengan karektor-karektor animasi di media massa sehingga ia mempengaruhi cara percakapan dan pergaulan mereka dengan ibubapa, rakan dan guru. Pendedahan sumber teknologi yang sihat akan melahirkan kanak-kanak yang positif dan mampu memanfaatkan apa yang mereka lihat dan di media massa.

4.0  PERANAN INDIVIDU, PENGASUH, KELUARGA DAN MASYARAKAT DALAM      MEMUPUK EMOSI KANAK-KANAK YANG POSITIF

Perubahan persekitaran memainkan peranan penting dalam pembentukan jati diri dan perkembangan kognitif, intelek, serta sosio-emosi bagi kanak-kanak. Jesteru itu, setiap individu dan kelompok masyarakat memainkan peranan penting dalam membantu pembentukan jati diri dan perkembangan kanak-kanak dari segi intelek, sosial dan emosi yang positif.

Peranan individu dalam memupuk emosi kanak-kanak yang positif antaranya ialah sentiasa menunjukkan contoh yang baik kepada kanak-kanak. sebagai contoh, menunjukkan sikap sayangkan alam sekitar. Sampah dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan, tidak merokok di tempat awam, mematuhi arahan lalulintas apabila berada di jalan, menjaga kemudahan awam, dan sebagainya. Dengan menunjukkan sikap yang bertanggungjawab dengan mematuhi setiap arahan, secara tidak langsung ia mempengaruhi perkembangan emosi kanak-kanak yang positif kerana lumrah kanak-kanak memerhatikan keadaan sekeliling mereka. Dengan ini, secara tidak langsung, seseorang individu itu telah memberikan impak positif kepada kanak-kanak itu kerana kanak-kanak suka untuk mengikut kelakuan orang yang lebih dewasa dari mereka.

Pengasuh atau guru adalah orang kedua yang paling rapat dan paling baynak meluangkan masa dengan kanak-kanak selepas ibu bapa. Dalam memupuk emosi kanak-kanak yang positif, pengasuh dan guru memainkan peranan yang penting. Seorang pengasuh atau guru perlu menunjukkan sifat penyayang dan lemah lembut apabila berinteraksi dengan kanak-kanak. kanak-kanak yang berinteraksi dengan pengasuh yang tidak mesra dan tidak menunjukkan sifat dan sikap kasih sayang kepada kanak-kanak akan menyebabkan kanak-kanak itu berasa tidak gembira secara tidak langsung akan melahirkan emosi negatif kepada kanak-kanak.

Keluarga adalah orang yang paling rapat dengan kanak-kanak. Selain ibu bapa, saudara, adik, abang, nenek dan datuk memainkan peranan penting dalam pembentukan emosi yang positif dalam diri kanak-kanak itu. Selain cara didikan, faktor pemakanan juga mempengaruhi perkembangan emosi kanak-kanak. pengambilan makanan yang cukup nutrisi mampu melahirkan kanak-kanak yang aktif dan tinggi inteleknya.

Dalam membentuk emosi kanak-kanak yang positif emosinya, masyarakat sekeliling juga memainkan peranan penting di mana dalam sesuatu kelompok masyarakat, kanak-kanak itu tidak seharusnya di layan berbeza dengan kanak-kanak lain yang berbeza agama, keturunan dan jantina. Di dalam sesetengah masyarakat, kerana berbeza agama dan budaya, kanak-kanak dilayan berdasarkan agama dan budaya mereka dimana kanak-kanak ini tidak dibenarkan untuk bersosial sesama mereka.

Seharusnya, perbezaan inilah yang perlu dijadikan landasan dan keunikan dalam pembentukan emosi dan jati diri yang positif dalam diri kanak-kanak. Dalam masyarakat Malaysia, perbezaan agama, bangsa, agama dan keturunan perlu dijadikan sebagai satu teladan untuk membentuk kanak-kanak yang saling menghormati dan menyayangi antara satu sama lain walaupun berbeza agama, bangsa, budaya dan keturunan. Sikap ini perlu dibentuk dari awal supaya dapat menerapkan nilai-nilai murni positif dalam diri kanak-kanak.

Selain itu, dalam era globalisasi ini, kanak-kanak terdedah kepada rancangan televisyen dan penggunaan teknologi seperti telefon pintar dan internet. Disebabkan kanak-kanak mudah terpengaruh dengan hanya pemrhatian dan tingkah laku, adalah penting untuk media massa seperti televisyen, buku, dan majalah untuk menerapkan nilai-nilai murni di dalam kandungan rancangan yang digemari oleh kanak-kanak.

Selain itu, penggunaan telefon pintar dan internet juga perlu dipantau oleh keluarga terutamanya ibubapa, saudara, guru dan masyarakat bagi mengelakkan kanak-kanak terjebak dengan gejala-gejala tidak sihat. Dewasa ini, penggunaan gajet dan intenet adalah perlu untuk proses pembelajaran dan pengajaran. Maka, penggunaan teknologi ini perlu dipantau dan dikawal sebaiknya bagi menghasilkan dan memupuk emosi yang positif bagi kanak-kanak. 

5.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, Teori Ekologi Bronfenbrenner yang menyifatkan lima jenis persekitaran yang mampu mempengaruhi perkembangan seseorang kanak-kanak iaitu, Mikrositem, Mesosistem, Eksosistem, Makrosistem dan Kronosistem adalah merangkumi kesemua aspek perubahan persekitaran kepada kanak-kanak. kelima-lima jenis persekitaran ini saling berhubung antara satu sama lain. Secara dasarnya, perubahan persekitaran bagi kanak-kanak merangkumi keluarga, status sosio-ekonomi, rakan sebaya, sekolah, guru dan pengasuh, sumber teknologi dan media massa, serta budaya dan masyarakat setempat mempengaruhi emosi setiap kanak-kanak.

Pengalaman yang dilalui oleh setiap kanak-kanak juga merupakan faktor utama yang menyumbangkan kepada sikap dan tingkah laku mereka dalam bertindak didalam setiap sesuatu situasi. Pengalaman yang menggembirakan akan memupuk sikap, emosi dan tingkah laku yang positif. Pengalaman yang kurang gembira atau sedih akan memupuk emosi dan tingkah laku yang negatif. Emosi kanak-kanak yang stabil mampu menghasilkan kanak-kanak yang aktif, mempunyai nilai murni dan akhlak yang tinggi kerana ibubapa lah orang pertama yang mencorakkan emosi bagi setiap kanak-kanak. 

RUJUKAN

·       Razinah binti Sohor, Nazlinda binti Ismail. Transformasi diri.

https://docs.jpa.gov.my/docs/pelbagai/Artikel/2014/TRANSFORMASI_DIRI.pdf

·       https://www.slideshare.net/weydwyda/faktorfaktor-yang-mempengaruhi-perkembangan-sosioemosi-kanakkanak

·       https://www.slideshare.net/fanera91/konsep-dan-prinsip

·       Mya Afifi. (2009, Ogos, 5). Teori Ekologi Brenfenbrenner. 

http://pelangipetang89.blogspot.com/2009/08/teori-ekologi-bronfenbrenner.html

·       Zakaria Stapa, Ahmad Munawar Ismail, Noranizah Yususf. (2012). Faktor Persekitaran Sosial Dan Hubungannya Dengan Pembentukan Jati Diri

http://journalarticle.ukm.my/6104/1/JD005862_155-172.pdf

·       https://www.slideshare.net/eepapoppins/edup3023-perkembangan-kanakkanak-faktor-yang-mempengaruhi-perkembangan-kanakkanak

 

 


Etnik dan Budaya di Malaysia

 


Thursday, November 5, 2020

Betty the butterfly

1st dapat assignment english ni sangat lah blur dan tak tahu nak buat tajuk apa sebab bagi lecturer if possible create your own story. Haaaaa Hamik kau.. Dengan dah lama tinggal belajar nye.. Mau tak tepu otak nak mikir nya.. 😅  Semua subjek la boleh kata tepu nak mikir nya..😅😆
Back to english assignment.. Alhamdulillah ilham tiba-tiba muncul di kala enak di buai mimpi.. Tiba-tiba tersedar around 4am and cannot sleep pastu out of no where idea mencurah-curah.. Tak ada la mencurah sangat pun.. over je tau.. 😆😆 so terus on lappy and draft lah yang mana patut..

Di pendekkan cerita maka terhasil lah video individual assignment yang serba kekurangan ni.. 😅 

Materials 100% buat sendiri..

students yang menjayakan assignment ku.. tq babies 

teaser la sikit



Wednesday, November 4, 2020

1st sem

 Alhamdulillah 1st sem just ended last week with an unexpected event occurs on my final exam day 😅. Insya-Allah will share in my other page soon. As for now, final exam for 1st sem has ended and is waiting for the results. And yeah!! New schedule for new sem also has been published.

Good luck dear self. 

See you next sem. 😉


Friday, September 18, 2020

BIMBINGAN TINGKAH LAKU KANAK-KANAK

Pendahuluan

Secara am nya, “Tingkah Laku” adalah sebarang tindakan atau tindak balas terhadap sesuatu objek atau organisma secara sedar atau separa sedar, nyata atau terselindung, rela atau tidak, sejadi atau dipelajari. Dalam bidang psikologi, tingkah laku manusia berbentuk biasa, luar biasa, boleh diterima, atau tidak boleh diterima berdasarkan bagaimana seseorang itu menilai tingkah laku berdasarkan norma sosial. Manakala dalam bisang sosiologi tingkah laku dianggap tidak bermakna kerana ia tidak ditujukan kepada orang lain. Tingkah laku boleh dipengaruhi oleh budaya, sikap, emosi, nilai, etika, autoriti, hubungan baik, hypnosis, pujukan, paksaan atau genetik.

Menurut Lewis M.Beaker (2001), tingkah laku adalah sebarang perbuatan yang dilakukan samada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar. Manakala menurut Gary Martin dan Joseph Pear (2003), tingkah laku merangkumi aktiviti, aksi, prestasi, bertindak balas, tindakan, dan reaksi dari segi Teknik, aktiviti yang melibatkan otot, -otot, kelenjar (glandula) dan aktiviti elektrik oleh setiap organ. Secara keseluruhannya, tingkah laku adalah apa sahaja yang diperkatakan dan dilakukan oleh seseorang individu itu. Carl Rogers (1999) pula menekankan bahawa seseorang individu bertingkah laku mengikut persepsi diri sendiri dan keadaannya. Dari segi perspektif Islam, Imam Al-Ghazali mengatakan tingkah laku manusia mempunyai tujuan agama dan kemanusiaan. Tingkah laku normal dan tidak normal. Tingkah laku terbahagi kepada dua iaitu Tingkah Laku Positif dan Tingkah Laku Negatif.


5 Ciri Tingkah Laku Kanak-kanak

👀Terdapat dua jenis tingkah laku, iaitu:

Tingkah Laku Positif.

Tingkah laku positif adalah satu proses untuk perkembangan kanak-kanak secara seimbang. Selain itu, kanak-kanak juga akan berasa lebih bersemangat untuk melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Tingkah laku positif juga adalah sikap ingin tahu yang tinggi menyebabkan kreativiti kanak-kanak boleh dikembangkan melalui aktiviti yang dijalankan oleh guru. Antara contoh tingkah laku positif adalah:

  • ·       Tingkah laku ingin tahu- sikap ingin tahu yang tinggi terhadap sesuatu perkara yang dilihat.

  • ·       Tingkah laku cepat belajar- cepat menangkap atau 'catch up' sesuatu perkara yang baru dipelajari, dapat mempelajari sesuatu yang baru dengan cepat.

  • ·       Tingkah laku pintar cerdas- sentiasa cepat dan pantas apabila menggunakan otak dan berfikir.

  • ·       Tingkah laku proaktif- sentiasa menunjukkan kesungguhan atau sikap maju ke depan berbanding kawan-kawan yang lain.

Faktor tingkah laku positif adalah seperti baka, pengaruh tadika(guru), rakan sebaya, keluarga dan keadaan fizikal bilik darjah.

Tingkah Laku Negatif.

Tingkah laku negatif pula merupakan tingkah laku yang mampu memberikan masalah dan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.

Jenis tingkah laku negatife:

  •     Tingkah laku merosakkan (destruktif)👉 Tingkah laku agresif untuk melihat orang lain mengalami kesusahan atau menderita atau merasa seronok apabila orang lain mendapat malang seperti merosakan sesuatu alatan atau benda, mematahkan, menconteng dan lain-lain.

  • ·        Tingkah laku mengganggu (distruktif)👉 Perlakuan melampau yang mengganggu orang lain atau sesi pengajaran dan pembelajaran seperti membuat bising, mengganggu rakan, menolak-nolak, bertumbuk,menjerit, bercakap dengan kuat dan lain-lain.

  • ·    Pengunduran diri👉 Keadaan kanak-kanak yang menarik diri daripada sesuatu situasi atau keadaan kerana rasa rendah diri, rasa tidak selamat, rasa terancam, kurang kemahiran atau malu.

  • ·      Hiperaktif👉 Keadaan kanak-kanak yang tidak boleh duduk diam, bergerak ke sana ke mari tanpa tujuan dan sukar dikawal. kanak-kanak ini tidak takut kepada orang, kerap menangis, suka ketawa, sukar beri tumpuan terhadap permainan atau kerja yang dilakukan dan mudah mengamuk apabila kehendak tidak dilayan.

  • ·     Kebimbangan👉 Kanak-kanak yang berkeadaan tidak tenteram atau kurang senang atau takut disebabkan guru dan murid lain akan memandang rendah terhadap dirinya. Contohnya, dalam pelaksanaan aktiviti.

  •    · Pergantungan berlebihan👉 Kanak-kanak yang bergantung secara berlebihan kepada orang lain seperti ibu bapa, guru, rakan sebaya dan tidak dapat berdikari atau membuat keputusan sendiri.

Faktor tingkah laku negatif adalah keluarga, peranan guru, keadaan fizikal bilik darjah dan pengaruh rakan sebaya.

 

5 Cara Bimbingan Tingkah Laku Berasaskan Amalan Bersesuaian dalam Perkembangan Kanak-kanak (DAP)

Bimbingan tingkah laku kanak-kanak perlu diberikan keutamaan sejak kanak-kanak tersebut dalam tempoh lapan tahun pertama kehidupan kanak-kanak. Dalam pendidikan awal kanak-kanak, terdapat prinsip atau amalan yang dikenali sebagai Amalan Yang Bersesuaian Dengan Perkembangan (ABP) atau Developmentally Appropriate Practice (DAP). ABP ini berfungsi sebagai panduan untuk pendidik dalam merangka aktiviti pembelajaran dan pendidikan yang sesuai untuk anak-anak usia awal.

Bimbingan tingkah laku kanak-kanak hendaklah mengambilkira perkembangan domain fizikal, sosial, emosi dan kognitif yang saling berkaitan antara satu sama lain. Perkembangan salah satu domain akan mempengaruhi perkembangan domain yang lain. Sebagai contohnya, seorang guru hendaklah mengenal pasti potensi fizikal kanak-kanak dan menggalakkan perkembagan potensi tersebut secara optimum supaya ia boleh mempengaruhi emosi kanak-kanak supaya berfikiran positif.

Seterusnya, perkembangan kanak-kanak berlaku secara berturutan di mana diikuti dengan kemahiran, pengetahun dan kebolehan yang boleh dipupuk dari semasa ke semasa. Oleh itu, guru sebagai pembimbing hendaklah memastikan persekitaran kanak-kanak adalah sesuai untuk sesuatu pembelajaran supaya ia dapat memupuk proses kemahiran, pengetahuan dan kebolehan kanak-kanak secara optimum.

Kanak-kanak merupakan individu yang unik dan perbezaan dari segi minat, keperluan, kekuatan, personaliti, emosi, gaya pembelajaran dan latar belakang keluarga. Proses bimbingan secara berterusan akan mempengaruhi perkembangan kanak-kanak. Oleh itu, guru perlu menerima keadaan kanak-kanak dan menyediakan aktiviti yang sesuai dengan mereka. Sebagai contohnya, bagi kanak-kanak yang aktif dan kurang tumpuan, guru perlu memastikan kanak-kanak dibimbing mengikut keperluan mereka. Antaranya sentiasa memastikan wujudnya eye contact semasa memberikan arahan dan berikan ganjaran atau pujian setiap kali kanak-kanak berjaya melakukan sesuatu dengan baik.

Setiap kanak-kanak akan merasa susah untuk memulakan pembelajaran di sekolah buat kali pertama. Contohnya, apabila kanak-kanak mula memasuki prasekolah, mereka akan mengalami pengalaman pertama yang sukar. Peranan guru sebagai pembimbing tingkah laku amat penting dalam situasi ini. Guru perlu lebih peka akan keadaan ini dan merancang aktiviti pembelajaran yang boleh memberikan pengalaman yang bermakna dan menggembirakan kepada kanak-kanak.

Seterusnya, dalam proses membimbing tingkah laku kanak-kanak, guru perlu memahami latar belakang kanak-kanak dan persekitaran kanak-kanak membesar sejak lahir. Antara keadaan yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak adalah sosio budaya keluarga, komuniti dan masyarakat setempat. Guru berperanan untuk mempelajari dan memahami sosio budaya ini dan kesan terhadap perkembangan dan pengalaman pembelajaran kanak-kanak. Aktiviti yang disediakan juga hendaklah bersesuaian dengan persekitaran tempat kanak-kanak itu membesar.


5 Peranan Pendidik dalam Pengasuhan Awal Kanak-kanak

Sebagai seorang guru khususnya guru pra sekolah adalah menjadi satu tanggung jawab dalam memberikan rangsangan kepada pembelajaran kanak-kanak sama ada secara langsung ataupun tidak. Selain itu, kita juga tahu guru memainkan peranannya sebagai pengganti ibubapa, sebagai cermin kepada kanak-kanak, sebagai pendorong ke arah pembelajaran dan juga mempunyai pengaruh yang penting dalam membentuk perwatakan serta proses penyesuaian diri kanak-kanak.

1. Guru sebagai pengganti ibubapa.

Kanak-kanak yang datang ke pusat pra sekolah buat pertama kalinya sudah tentu berasa takut, sedih dan menghadapi emosi yang boleh mengganggu ketenteraman jiwa mereka. Pada peringkat ini kanak-kanak sangat sensitif kepada keadaan sekeliling mereka seperti ketenteraman emosi, kepercayaan dan keselamatan diri. Guru mestilah menunjukkan kasih sayang, tingkah laku yang lemah lembut, riang dan aktif, bermuka manis dan menggunakan nada suara yang lunak apabila bercakap.

2. Guru sebagai contoh yang baik kepada kanak-kanak.

Guru mempunyai pengaruh yang penting dalam kehidupan kanak-kanak. Di peringkat awal kanak-kanak, guru adalah contoh yang utama kepada mereka. Secara langsung atau tidak, kanak-kanak memerhati dan meniru kelakuan guru. Guru hendaklah menggunakan peluang yang didapati di pusat pra sekolah untuk menunjukkan teladan yang baik serta menerapkan tabiat yang positif kepada kanak-kanak itu.

3. Guru sebagai pendorong yang menggalakkan pembelajaran kanak-kanak.

Melalui permainan atau aktiviti tidak formal adalah antara cara lain kanak-kanak belajar. Guru pra sekolah perlu menyediakan berbagai-bagai jenis aktiviti pembelajaran yang menggembirakan dengan melibatkan kanak-kanak secara aktif. Semasa kanak-kanak berinteraksi dengan alam sekeliling, mereka digalakkan menyoal, mencuba, meneroka dan menggunakan segala derianya untuk menyedari dan memahami perkara-perkara yang berlaku di persekitarannya.

4. Peranan guru dalam membentuk perwatakan dan proses penyesuaian diri kanak-kanak.

Mewujudkan suasana riang dan mesra kepada kanak-kanak dapat mendorong mereka ke arah pembelajaran yang aktif serta perkembangan yang seimbang. Program prasekolah seharusnya menggalakkan kanak-kanak memperolehi amalan mental yang sihat seperti suka dan bergembira membuat sesuatu aktiviti, bersikap pengasih dan penyayang terhadap sesuatu aktiviti dan org lain. Sanggup menolong dan membantu sesama sendiri, berkongsi menggunakan alat-alat permainan dengan cara bergilir, menghormati dan menghargai hak orang lain.

5. Peranan guru dalam masyarakat.

Guru memainkan peranan yang penting terutamanya di peringkat  prasekolah kearah membentuk perkembangan seorang kanak-kanak aktif dan positf. Guru adalah agen sosialisasi dalam memupuk perpaduan di pendidikan awal kanak-kanak. Kesan sosiolisasi yang baik akan membentuk akhlak yang baik, menanam nilai-nilai murni dan mengembangkan fungsi perpaduan. 


Rumusan

Secara amnya, pembentukan dan bimbingan tingkah laku kanak-kanak adalah amat penting bagi membentuk seseorang individu yang berakhlak mulia, tinggi sahsiah diri menghormati orang lain. Kedua-dua tingkah laku, mahupun positif atau negatif perlu dibimbing dan dipantau seawal usia kanak-kanak 8 bulan. Selain ibubapa, guru juga penting bagi membentuk dan membimbing kanak-kanak kerana juga merupakan agen sosiolisasi yang penting bagi seseorang kanak-kanak itu. 


Rujukan

  • https://ms.wikipedia.org/wiki/Tingkah_laku
  • https://ms.wikipedia.org/wiki/Tingkah_laku_manusia
  • http://kellytan940302.blogspot.com/p/definisi-tingkah-laku-tingkah-laku.html
  • http://sarjana.tripod.com/
  • http://faizsamsul.blogspot.com/
  • https://www.scribd.com/presentation/369585854/Amalan-Bersesuaian-Dengan-Perkembangan-Kanak-kanak
  • https://www.researchgate.net/publication/336737915_Amalan_Bersesuaian_Perkembangan_sebagai_Kompetensi_Profesional_Guru_dalam_Pendidikan_Prasekolah
  • Harian, P. (1970, January 01). Tingkah Laku Kanak-Kanak. Retrieved September 19, 2020, http://groupofearlyeducationchildhood.blogspot.com/2018/12/tingkah-laku-kanak-kanak.html


Disediakan oleh:

Nor Suhadah Binti Abdullah (DPAK B 2002002)
Wan Noor Madihah Binti Wan Abdullah (DPAK C 2002001)
Nurul Afiqah Binti Shahrulnizam (DPAK C 2002002)
Wan Madihah Binti Wan Abdul Halim (DPAK C 2002003)


 

JOURNEY OF STUDY Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang