1.0 PENGENALAN
Menurut The National Association for the Education of Young Child (NAEYC) atau Pertubuhan Kebangsaan bagi Pendidikan Kanak-kanak Muda, pendidikan awal kanak-kanak merujuk kepada segala jenis program yang memberi layanan, asuhan dan bimbingan kepada kanak-kanak dari lahir sehingga berusia 8 tahun. Peringkat Pendidikan awal kanak-kanak adalah sangat penting kerana di peringkat inilah kanak-kanak mula di dedahkan untuk belajar berinteraksi dan bersosial dengan dunia luar selain ibu dan bapa mereka.
2.0 LATAR BELAKANG PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
Pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia bermula pada sekitar 1950-an berasaskan pendidikan British yang hanya di monopoli oleh golongan berkemampuan sahaja kerana pada ketika itu kos pembiayaan untuk jenis pendidikan ini adalah tinggi. Dari tahun 1950-1960, sosialis Kristian telah membuka tadika di Malaysia sebagai aktiviti gereja. Kebanyakan tadika pada waktu itu adalah milik persendirian atau agensi dan mengenakan yuran yang sangat mahal. Hasilnya, hanya sebahagian kanak-kanak berumur 4-6 tahun berpeluang mengikuti kelas tadika. Kesan nya, kanak-kanak luar bandar dan tidak berkemampuan tidak berpeluang untuk mengikuti kelas tadika. Pada tahun 1969, Yayasan Asia telah menyumbangkan wang kepada Pertubuhan Pekerja-pekerja Malaysia (Worker Society of Malaysia) untuk mengadakan program seakan “Head Start” seperti di Amerika Syarikat. Kg. Munaindy, Kg. Sentosa dan Kg. Manggis telah di pilih dengan mensasarkan golongan kurang berkemampuan dari kaum Melayu, Cina dan India. Pada tahun 1970 KEMAS telah membuka 10 buah prasekolah contoh untuk membantu golongan kurang bernaib baik. Usaha ini di terus kan sehingga tercipta nya Akta Pelajaran 1961 P.U (A) iaitu sebuah akta khusus untuk pendidikan awal kanak-kanak.
3.0 PERBANDINGAN DALAM NEGARA
|
PERMATA |
KEMAS |
LATAR BELAKANG |
Ditubuhkan pada tahun
2007 dan di adaptasi dari konsep “learning is fun through play” dari Pan
Green Centre, Corby, England. |
Ditubuhkan pada tahun
1961 sebagai inisiatif untuk membasmi masalah buta huruf di kalangan
masyarakat tempatan. |
PENGASAS |
YAB Datin Paduka Seri
Rosmah Mansor |
YAB Tun Abdul Razak bin
Hussien |
MATLAMAT |
Mengembangkan potensi
setiap kanak-kanak secara holistik bagi mewujudkan modal insan yang seimbang
dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani, sosial dan komunikasi. |
Untuk memperkasakan
masyarakat luar bandar kearah pembangunan yang menyeluruh. |
CARA PENGAMBILAN |
Warganegara Malaysia,
sihat tubuh badan dan bukan kurang upaya. |
Warganegara Malaysia,
sihat tubuh badan dan bukan kurang upaya. |
TAHAP UMUR |
4-6 tahun |
4-6 tahun |
SYARAT PENGAMBILAN |
Kanak-kanak yang
berasal dari keluarga berpendapatan rendah. |
Kanak-kanak yang
berasal dari keluarga berpendapatan rendah. |
KANDUNGAN PROGRAM |
Pembelajaran secara
menyeluruh,” learning is fun”, penyertaan aktif ibu bapa dan komuniti,
perkembangan dan pembelajaran, penaksiran dan penilaian. |
Menggunakan konsep
belajar sambil bermain dan diperluaskan dengan kemahiran 4M iaitu membaca,
menulis, mengira dan menaakul. |
3.1 PERBANDINGAN DARI LUAR NEGARA
|
HEAD START |
MONTESSORI |
LATAR
BELAKANG |
Pada
awal nya ia adalah sebuah program sekolah musim panas untuk kanak-kanak dari
golongan berpendapatan rendah selama beberapa minggu sebelum memulakan sesi
persekolahan. |
Sistem
pembelajaran yang berdasarkan kaedah pembelajaran secara langsung dan
permainan kolaboratif |
PENGASAS |
Ditubuhkan
di bawah kelolaan Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia Amerika Syarikat
yang dilancarkan oleh Jule Sugarman pada tahun 1965 |
Diasaskan
oleh Maria Montessori yang berasal dari Itali. Beliau menubuhkan Casa dei
Bambini atau Children’s House pada tahun 1907 di Rom. |
MATLAMAT |
Meningkatkan
tahap kecekapan sosial yang lebih tinggi daalm kalangan kanak-kanak. |
Perkembangan
individu secara menyeluruh yang merangkumi aspek fizikal, sosial, emosi dan
intelek. |
CARA
PENGAMBILAN |
Terbuka
kepada semua warganegara, bukan warganegara (bermastautin 5-6 tahun di USA
dan hanya mengambil pelajar kurang upaya. |
Kanak-kanak
kurang upaya dan terencat akal. |
TAHAP
UMUR |
3-6
tahun |
3-6
tahun |
SYARAT
PENGAMBILAN |
Kanak-kanak
terbiar. |
Kanak-kanak
miskin. |
KANDUNGAN
PROGRAM |
Penglibatan
ibu bapa dalam proses pembelajaran dan pengajaran. |
“Whole
child” iaitu persekitaran pembelajaran terancang, bahan pengajaran montessori
dan pengajar sebagai “directress” |
4.0 RUMUSAN
Secara keseluruhan nya, pendidikan awal bagi kanak-kanak berusia 4-6 tahun sangat penting bagi memberikan kemahiran asas seperti menulis, membaca, mengira dan menaakul (4M) dan juga sebagai langkah persediaan kepada kanak-kanak untuk menuju ke peringkat formal iaitu peringkat rendah. Adalah penting bagi pusat pendidikan awal kanak-kanak untuk menyediakan ruang belajar yang kondusif, ceria dan seronok dalam menghasilkan pembelajaran yang menarik. Selain guru, penglibatan ibu bapa dalam sesi pembelajaran dan pengajaran juga dapat membantu kanak-kanak dalam meningkatkan proses kendiri dan kognitif kanak-kanak. Ia juga adalah persediaan awal untuk kanak-kanak melangkah ke peringkat pendidikan formal.
5.0 RUJUKAN
·
https://en.wikipedia.org/wiki/Head_Start_(program)
·
https://en.wikipedia.org/wiki/Montessori_education
· Tan
Chung Hian. (2001). Perbandingan Keberkesanan Antara Dua Kaedah Pengajaran
Terhadap Keupayaan Kognitif dalam Pembelajaran Matematik (Satu Kajian
Komperatif di Tadika Warisan Montessori dan Q-Dess)
·
https://ms.wikipedia.org/wiki/PERMATA_Negara
· https://www.kemas.gov.my/en/background-history-of-kemas/#toggle-id-2
·
http://cikguhasya.blogspot.com/2016/08/pendidikan-awal-knak-kanak.html
·
https://www.academia.edu/30404978/PENDIDIKAN_AWAL_KANAK_KANAK_DI_MALAYSIA
·
http://nansetphene.blogspot.com/2012/03/sejarah-pendidikan-awal-kanak-kanak.html
0 comments:
Post a Comment